Search

Balad - Novel al-Quran MDB Yang Ketiga

  • Share this:

Balad - Novel al-Quran MDB Yang Ketiga

Dah lama siap novel ini. PKP masih berlangsung di Malaysia. Kedai percetakan masih ditutup. Dikhabarkan ia bukan industri penting (essential).

Dah habis kesabaran menunggu.

InsyaAllah, novel al-Quran ketiga ini - selepas novel Dhuha dan Insyirah - akan menemui anda tidak lama lagi secara e-book.

Sekejap masa lagi, kami akan hebahkan bila dah siap format e-book.

Ini hanyalah hebahan pertama bagi menghibur hati saya yang sedikit terluka kerana tidak dapat menyentuh buku dalam bentuk yang biasa. Sekali ini, hanya boleh lihat tak boleh sentuh.

Balad menceritakan keseluruhan mesej surah al-Balad melalui suatu kehidupan keluarga - seorang pengarah produksi (Zulfakar) dan seorang jururawat (Raela) - dan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan di Yaman.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts